Tanggungjawab
Sosial Korporat

Elly Terima Kaki Palsu Dari EXIM Bank Untuk Tahun Keempat Berturut-turut

6 September 2020

FOTO: Roselan Ab Malek

Anak gajah betina bernama Elly yang kudung kaki akibat terkena perangkap samar menerima kaki palsu (prosthetic leg) kali keempat susulan pertambahan berat badannya.

Ia adalah sumbangan Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) dengan kerjasama Syarikat Bioapp Sendirian Berhad.

Elly yang kini berusia empat tahun ditempatkan di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah, di Lanchang di sini.

Pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) yang berkhidmat di PKGK, Nazrul Mohammad berkata, kini Elly sudah empat kali bertukar kaki palsu kerana pembesarannya cepat.

“Kaki palsunya terpaksa ditukar setiap enam bulan sejak 2018 kerana pertambahan berat badan seiring dengan usia.

“Pada awal pemakaiannya, ia agak sukar yang enam orang terpaksa bertungkus lumus untuk memasangnya.

“Tetapi bagi kali ke empat ini agak senang kerana Elly sudah semakin selesa,” katanya.

Sementara itu, pakar prosthetic dan orthotic dari Syarikat Bioapp Sendirian Berhad, Saiful Shauzan Mohd Fadzil berkata, bagi membantu Elly mendapatkan kaki palsu yang selesa, pihaknya menubuhkan satu kumpulan pakar pakar palsu dengan kerjasama Universiti Malaya sejak 2018.

“Kita terpaksa ukur ketinggian Elly setiap tahun dan peningkatan ketinggian Elly turut akan ditambah pada ketinggian kaki palsunya.

“Jadi, setiap enam bulan kita akan buat satu kaki palsu baru untuk Elly sebab dia membesar dengan cepat,” katanya.

Penggantian kaki palsu itu adalah Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) EXIM Bank sebagai satu usaha membantu pemeliharaan dan pemuliharaan gajah di negara ini.

Elly adalah gajah kedua yang menerima kaki palsu daripada EXIM Bank selepas seekor gajah betina bernama `Selendang’ yang turut menerima kaki palsu di PKGK pada 2017.

  • Tanggungjawab Korporat Lain

EXIM Bank Staff Drive Sustainability with Urban Hydroponic Yard and Community Support

EXIM Bank Malaysia Advances Sustainability with Successful Oil Collection

EXIM Bank’s Inspiring Field Trip to SEAD Bamboo in Perak