Sumbangan RM100,000 Untuk 250 Keluarga Terjejas Banjir

27 November 2021

KUALA LUMPUR (Nov 27): PERISTIWA banjir kilat yang berlaku di Ampang Isnin lepas memberi kesan yang amat besar buat penduduk di sana.

Sudah pasti, banyak kerosakan dan kerugian yang dialami, tambahan pula di saat semua sedang mula membina semula kehidupan selepas lebih setahun tersekat akibat pandemik.

Prihatin dengan nasib yang menimpa mereka, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui YaPEIM dengan kerjasama Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank), tampil membantu 250 keluarga dari tiga kampung yang dikenal pasti di sekitar daerah Ampang.

Sebanyak RM100,000 diperuntukkan di bawah Program Inspirasi Qaseh Kami, dengan agihan bantuan tunai berjumlah RM300 serta barangan Foodbank YaPEIM bernilai RM100 kepada setiap keluarga yang terlibat.

Program Inspirasi Qaseh Kami juga setakat ini telah menyantuni 993,401 penerima manfaat, dengan jumlah agihan bernilai RM25.96 juta dari 1 Januari 2021 hingga 31 Oktober 2021. Kesemua penerimaan manfaat adalah dari kalangan keluarga miskin atau miskin tegar, kumpulan B40, golongan asnaf, anak yatim, usahawan, pelajar dan golongan rentan.

Semoga dengan sumbangan ini, dapatlah sedikit sebanyak membantu mereka meneruskan kehidupan. Setiap ujian itu dijadikan bagi meningkatkan darjat keimanan seorang hamba. Moga Allah mengangkat darjat keimanan kita atas ujian yang dialami ini.

harakahdaily.net

  • line-element
    Ruang Media Lain

Ceburi Bisnes Teknologi Hijau – Harian Metro

EXIM Bank Sumbang Peralatan Perubatan RM100,000 Kepada HKL

Budget 2019 Kickstarting The New Economy