Press Release

Majlis Penyerahan Zakat EXIM Bank Di Masjid Al Syakirin, Ppr Gombak, Selangor

20 May 2016

SELANGOR, Jumaat (20 Mei 2016) – Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank) hari ini menyerahkan sumbangan wang zakat kepada penduduk kawasan PPR Gombak, Selangor.

Majlis ini telah dijayakan oleh Y.Brs. Puan Norzilah Mohammed, Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif EXIM Bank. Sumbangan zakat berjumlah RM44,800 telah diagihkan kepada 60 golongan asnaf fakir miskin yang terdiri daripada anak yatim, pelajar miskin, warga emas serta orang kelainan upaya. Cek replika telah disampaikan kepada wakil nazir Masjid Al Syakirin Gombak, Dr. Saupi Bin Man.

Majlis seumpama ini adalah merupakan acara tahunan bagi EXIM Bank. Sumbangan sebanyak RM260,000 telahpun diagihkan kepada lebih 300 asnaf fakir miskin di sekitar Sabah dan Kuala Lumpur tahun lepas.

Menerusi sumbangan ini diharapkan dapat menerap serta mewujudkan budaya saling bantu-membantu dikalangan masyarakat. EXIM Bank sebagai sebuah syarikat korporat akan terus menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan menerusi program-program tanggungjawab sosial korporat.

  • line-element
    Other Press Release

EXIM Bank Collaborates With DNeX To Digitally Offer Its Trade Finance And Insurance Services

EXIM Bank Successfully Prices US$500 MM Senior Notes

Norzilah Mohammed Appointed as President/Chief Executive Officer of EXIM Bank Malaysia

Search

Follow Us

This website is mobile responsive and best viewed in Google Chrome and Safari.

Latest Update

Success Stories

Credit Takaful & Insurance