• line-element
    Kontrak / Konsep Syariah

Bai’ Al-Sarf (Perdagangan Mata Wang)

Bai’ Al-Sarf (Perdagangan Mata Wang)

Kontrak pertukaran antara dua mata wang yang berbeza.

Ijarah (Pajakan)

Ijarah (Pajakan)

Perjanjian penyewaan antara pemberi pajak dan pemajak di mana pemajak memperoleh hak untuk mengambil hasil ke atas aset yang dimiliki oleh pemberi pajak sebagai balasan bayaran sewa.

Istisna’ (Pembuatan)

Istisna’ (Pembuatan)

Kontrak di mana penjual menjual kepada pembeli, aset yang masih belum dibina, sudah dibina atau dikilang, mengikut spesifikasi yang dipersetujui dan dihantar pada masa yang dipersetujui, pada harga yang telah ditetapkan sebelumnya.

Kafalah (Jaminan)

Kafalah (Jaminan)

Kontrak di mana penjamin menggabungkan pihak yang dijamin dalam menanggung liabiliti yang ditentukan oleh pihak yang terjamin.

Mudarabah (Perkongsian Keuntungan)

Mudarabah (Perkongsian Keuntungan)

Perjanjian perkongsian keuntungan antara dua pihak - pelabur dan usahawan. Pelabur akan memberi dana kepada usahawan tersebut untuk usaha niaganya dan mendapat pulangan daripada dana yang dimasukkan ke dalam perniagaan berdasarkan nisbah perkongsian untung yang telah dipersetujui sebelum ini.

Murabahah (Tokokan)

Murabahah (Tokokan)

Jualan amanah apabila penjual menjual barang kepada pembeli pada harga kos bercampur untung yang perlu dibayar secara lani atau terma tertangguh. Perincian kos dan keuntungan akan didedahkan kepada pembeli.

Musharakah (Perkongsian Untung dan Rugi)

Musharakah (Perkongsian Untung dan Rugi)

Kontrak perkongsian antara dua atau lebih pihak, di mana semua pihak akan berkongsi keuntungan dan menanggung kerugian daripada perkongsian tersebut.

Wakalah (Wakil)

Wakalah (Wakil)

Kontrak di mana pihak prinsipal (muwakkil) memberi kuasa kepada pihak lain sebagai ejennya (wakil) untuk melaksanakan tugas tertentu mengenai perkara yang mungkin diwakilkan, dengan atau tanpa mengenakan bayaran.

Tabarru' (Sumbangan)

Tabarru' (Sumbangan)

Ini merujuk kepada derma dan sedekah. Dalam kontrak Takaful, jumlah tertentu sumbangan peserta dianggap sebagai Tabarru' dan dikumpulkan ke dalam dana Tabarru' untuk membayar tuntutan bagi rakan peserta yang ditimpa musibah.

Tawarruq (Komoditi Murabahah)

Tawarruq (Komoditi Murabahah)

Pembelian dan penjualan dengan dua peringkat transaksi, di mana yang transaksi pertama melibatkan penjualan aset oleh penjual kepada pembeli secara tertunda. Selepas itu, pembeli transaksi pertama akan menjual aset yang sama kepada pihak ketiga secara tunai dan secara lani.